Tuesday 13 March 2018

Bike Rental KL | We Add More Bikes

Based on huge demand from local and foreigner (mostly tourist), we add another 4 units of bike in our fleet. Hopefully with this new bikes, it can fulfill our customer need.

If you looking for motorcycle rental in KL, just contact us or whatsapp www.wasap.my/60182011997 









Kami baru sahaja menambah 4 unit motorsikal untuk disewakan kepada anda. Semoga dengan unit baru ini, ianya dapat memenuhi keperluan pelanggan motorsikal sewa kami.

Terus hubungi www.wasap.my/60182011997 untuk tempahan dan pertanyaan.

Sewa Motor di KL | Motor Sewa di Selangor | Bike for rent in KL | Rental motorbike KL

Sunday 19 November 2017

Office Motor Sewa KL

Memandangkan permintaan yang menggalakkan dari luar dan dalam negara terhadap motorsikal sewa, bermula 15 Nov yang lalu, kami mula beroperasi di TBS.
Ianya adalah demi kemudahan dan keselesaan kepada pihak pelanggan kami.

Pejabat Motor Sewa KL ini dibuka setiap hari termasuk Ahad dari jam 0900am ke 1000pm.
Alamat pejabat kami adalah di Unit L4-6ABCD, Fourth Floor, Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
(Sama aras dengan KFC, belakang pejabat PTPTN)

Sebarang pertanyaan mengenai motor sewa boleh menghubungi 0182011997 atau  www.wasap.my/60182011997 

Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike 0182011997

Tuesday 17 October 2017

Motor Sewa Honda Wave 100cc

2minggu lepas pihak Motor Sewa KL telah menambah sebuah lagi motor sewa dari model Honda Wave 100cc. Ianya bagi menampung permintaan dari pihak pelanggan motor sewa KL.

Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan motor sewa ini, hubungi sahaja 0182011997 .

Motor Sewa Honda Wave


Motor Sewa Honda Wave

Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Thursday 12 October 2017

Special Promo Sempena Deepavali 2017

Kali ni pihak Motor Sewa KL menawarkan promosi khas kepada semua sempena Deepavali yang bakal menjelang tiba ini.

Promosi ini terpakai sepanjang bulan October 2017 sahaja ye.

Untuk motor sewa Honda Wave dan Honda EX5 Class.
Harga promosi sehari rm30 (harga asal rm40)
Harga promosi seminggu rm150 (harga asal rm200)
Harga Promosi sebulan rm300 (harga asal rm400)

Untuk motor sewa Skuter SYM VTS200.
Harga promosi sehari rm70 (harga asal rm90)
Harga promosi seminggu rm300 (harga asal rm400)
Harga Promosi sebulan rm600 (harga asal rm800)

Buat tempahan motorsikal sewa anda sekarang. Hubungi 018 201 1997

Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Thursday 5 October 2017

Motor Sewa KL | Roadtax Motor Mati Lebih Dari Setahun

Admin kongsikan sedikit pengalaman yang baru berlaku.
2 hari lepas saya ada membeli sebuah motorsikal Honda Wave dengan individu di Wangsa Maju. Tujuan utama pembelian motorsikal ini adalah untuk menambah stok motor sewa kami.

Semasa saya melihat dan test ride motor tersebut, pemilik lama bagi tahu yang motor ni dah lama tak ada roadtax, dah lebh dari setahun roadtax mati. Saya pula sebelum ni pernah dengar yang kalau motor roadtaxnya dah mati lebih dari setahun, proses tukar nama boleh dilakukan macam biasa, tetapi proses untuk mendapatkan roadtax baru tidak dapat dijalankan. Ianya perlu di semak oleh pihak JPJ atau Puspakom.

Saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pemilik lama. Selepas membuat pertukaran hak milik di JPJ Wangsa Maju, ianya hanya mengambil masa 30 minit sahaja, owner lama thumb print dan owner baru thumb print, bayar kos tukar nama motor rm3, selesai.

Keesokan hari, saya membawa motor ke JPJ Petaling Jaya untuk proses inspection, untuk memohon roadtax baru.
Saya bertanya di kaunter dan dia suruh saya untuk fotostat depan belakang IC dan geran motor, lepas tu buat insuran. Selesai semua tu, saya kembali ke kaunter. Pegawai JPJ menyuruh saya membawa motorsikal ke belakang pejabat untuk dibuat inspection.

Masalah mula timbul disini.

Pertama sekali adalah kedudukan no chasis. Terperuk dalam cover set. Pegawai JPJ suruh ke bengkel untuk buka cover set depan. Nasib baik la dalam motor ada screwdriver, saya buka sendiri je cover set tu. Tak pandai sebenarnya tapi agak-agak jer nasib baik jadi.


Ni la rupanya no chasis. sumber Google.

Dah selesai dia ambil no chasis, seterusnya dia cek no enjin pula. Kali ni senang sebab no enjin kat bahagian luar enjin dan jelas kelihatan. Nasib baik tiada minyak yang melekat.

No enjin kat bhgn gear tu

Seterusnya dia suruh start motor dan cek lampu brek dan signal. Masalah pula kat sini adalah sebab bateri dah kong, so signal tak nyala kecuali kena ramp kuat. Hon pun dia cek. nasib baik pegawai tu sporting, dia luluskan tetapi dia pesan suruh pegi tukar bateri.

Dah selesai, kembali ke kaunter untuk hidupkan roadtax, bayaran rm2 sahaja.
Selesai.


Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Monday 18 September 2017

Motor Sewa KL | Penyelenggaraan Berkala

Menjadi rutin setiap bulan pihak kami akan membuat penyelenggaraan ke atas semua motorsikal sewa milik kami. Dari segi minyak pelincir, plug, keadaan tayar, lampu dan brek semuanya kami pastikan dalam keadaan baik dan selamat.

Ini kerana kami tidak mahu pihak pelanggan kami mengalami sebaarang masalah sepanjang tempoh sewaan motorsikal tersebut.

Ada juga yang nak menyewa motorsikal 'kapcai' untuk perjalanan yang agak jauh seperti KL - Ipoh, ianya amat tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana motor berkuasa kecil ini hanyalah sesuai untuk perjalanan jarak dekat atau pun perjalanan dalam bandar sahaja. Ianya tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh dalam masa yang singkat.

Mahupun begitu, kami mempunyai sebiji Skuter SYM VTS200 yang mana ianya mampu untuk perjalanan jarak jauh. Beberapa pelanggan kami sebelum ini terutamanya pelancong luar negara menyewa motor ini untuk pusing ke beberapa negeri seperti KL - Negeri Sembilan - Melaka - KL.
Alhamdulillah perjalanan yang baik dan semuanya berjalan lancar.

Apa pun, jikalau tuan/puan memerlukan motor sewa di KL ni, jangan segan untuk hubungi saya www.wasap.my/60182011997 

Sewaan motor di KL | Motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Friday 4 August 2017

Terima Kasih

Terima kasih kepada pelanggan yang telah menggunakan perkhidamatan dari pihak Motor Sewa KL.

Ada yang menyewa 1hari, ada yang menyewa berbulan bulan. Pihak Motor Sewa KL mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan/puan menggunakan perkhidmatan kami.



Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike